Wednesday, 13 March 2013

Susah nak memahami si 'LELAKI' tapi bila lepas terbaca blog nie saya mula paham apa maksud sebenary si dia ne... mmm~


Tanda Lelaki Sayang…

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Tuesday, 12 March 2013

Seni sebahgaian dari hidup wid ;) jom korg segar bugar kan mata dengan stalk blog wid ne ^_^

Hai korang selamat petang tahu tu mesti de yang tengah megantok seganagt2 kan.. so jom lah if korg ternampak ke terpandang ke blog wid ne sila baca kalu sudi tanak pun takpe.... mmm korang mesti macam puzzle je kan wid ne de je time nak update blog waktu-waktu macam nie... wid takde keje ke? huhuhuhu ada tapi mestilah kerja tu di utama kan dh settle semua kerja baru lah wid updated blog ne ikut lah mood jugak agak2 malas wid buat tak tahu je dengan blog ne...

Mmmm korang mesti semua tahu kan now ne dah musim org kawin-kawin hehehehe... apa? makan nasi minyak? mmmmm yang tu dh tentu lah tapi yang ne bukan lah makan nasi minyak je.... bila dh musim org kawin-kawin nie mestilah wid busy dengan tempahan inai sane dan sini... alhamdulillah rezeki kan... wid bukan lah seorang yang sangt pro tapi.. boleh la jugak nak melukis henna nie..

So.. setiap kali wid terima tempahan dari mereka yang nak berkahwin benda terutama wid mesti nak 'KEPUASAN' dari customer dan jugak 'KEPUASAN' pada diri wid... seni nie kalau tak menjadi wid akan rasa macam hampeh sangt tak tahu la kalau orang len macam ane.. tapi kalau wid memang wid akan rasa kan macam tu... yang paling terpenting wid nie ikut mood kadang2 rajin sangt nak melukis corak2 baru.. kadang2 malas jugak....

Tapi bila wid betul2 fokus pada satu seni tu wid akan fokus wid akan buat telilti... wid akan make sure mereka yang tempah dengan wid pun puasa hati dengan hasil kerja wid.. oh ya! before wid menamatkan blog ne wid ada bbrapa keping lukian corak2 baru yang wid dh siap kan... ini saje lah yang wid dapat sahre nak sahre banyak-banyak tak muat pulak.. korang boleh view facebook wid.. TQ! :)

Friday, 8 March 2013

KEBOSANAN :)

Hai stalker... salam jumaah.. :) mcm dh lama je tak  update blog ne huhuhu rasa nya baru bbrape hari je kan... hahhaha tapi takpe...nie tgh free2 dlm ofis tgh tak thu nak wtpe.. wid nak kepoh2 sikit ngn korg2 ne... uolss penah dengar prdct kecantikan NOURAIN tak? wid tak pernah dengar tapi prodct dia mcm bagus je sebab boss wid pakai dlu kulit muka dia cm tak ok nowdays makin lama wid tgk makin bersih then cantik... lepastu wid pergilah kepoh huhuhu maklumlah bukan kepoh saje je nak amk tahu.... dia kata dia pki nourain.. wid tak pernah tpikir nak cuba atau tukar prdct len.. tapi nak la jugak try... dri yg wid pakai skrg ne mmm cm takde function je opsss. wid pakai prdct apa? biasa2 je.. hehehe >.< nak dijadikan cete smlm masuk2 je bos dlm office.. ttba dia de bg wid satu brg.. tak ckp bnyk wid tgk rupa2nya set prdct nourain tu... wee~~~~~~~ ^___________^ suka2... boss kata birthday present. suka nya saya... So wid baru je try prdct tu smlm.. kita tggu lepas sbulan cuba prdct ne... nanti wid akan share sebelum dan selepas kat korg2 ya! ^_^...
Nie lah product nour ain beauty care tu:)

wid baru pakai hari ini product nour ain ne.. tak tahula sesuai ke tidak ngn kulit wid ne.. mmm mslh wid toner  tak sekata... in sha ALLAH wid cuba je dlu. 

Saturday, 2 March 2013

''kursus kahwin'' :)

salam... kaifah hailuka... huhuhu ttba cakap arab pulak :). mmmm wid2 hari nie baru de kesempatan nak updated blog.. tu pn pinjam netbook housemate cousin hehehehe.. well aku dua hari ini berumah kat rumah dia... huhuhuhu mm sebab apa? sebab dua hari ini aku de amik kursus kahwin kat sini... aku nak kawin ke? mmm belum lagi... saje amik nanti bila2 dh nak kahwin tak payah la amik lagi kan hehehehehe ^_^. sibuk kan diri jugaklah sbb kakak sepupu aku a.k.a kakak aku jugak dia ne yang nak kawin so teman lah alang2 tu amik jelah skali...... :). ok wid just nak share apa jadi  kat dalam kursus tadi... mmm yelah nama pun dh kursus kawin kan so takde cover2 ha.. semua open minded.. huhuhu tapi bukan sbb tu... sebab nya kita dapat ilmu baru... serononk sgt2 tapi yang tak best nya.... satu hari suntuk kursus tu :(,... tapi takpelah at least dh lepas unutk hari ini.. tinggal esok je... we~~~~~~~~ tak sabar nya nak dapat sijil ^_____________^.  ada la jugak amik bbrape gambar kat dalam dewan tu.. tapi wid2 tak dapat nak updated la .. sbb  nya... yelah name pun pinjam netbook member.. stakat nie saje lah dapat wid share tuk malam ini... wid dah penat satu hari ini.. bagun awal... esok adalah hari terakhir kursus kawin.. yeahhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!! selamat malam stalker... knpe stalker? sbb mana ada follower lagi hohohoho...

ne lah muka2.. yang dh bahgia dapat sijil pra-perkahwinaan ... huhuhu

Friday, 1 March 2013

This is what im doing other than my full working..

Yesterday 28 February 2013
 Floral~ thanks suzie ;)
 Thanks Sella.. nie model pertama yang aku wat mcmne

and thanks too sweet mira ^_^

Aku start minat wat benda2 nie semua since sec 3 lagi.. tapi dulu takdelah corak-corak macam gini.. start belajar corak berbunga2 nie.. bila aku search kat youtube then dari situ aku improve kan lagi HennART aku so korang kat luar sane yang nak kawin ke bertunang atau etc.. can view page aku kat FB:http://www.facebook.com/wid.hennart sila la add ^_^